"Baguslah, tapi duit saya menang saman pada 18/02/2022 sampai hari ini 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ye, dah bulan 8 ni. Masih awak tak bayar lagi duit saya.
"Sampai sekarang ye jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini.
"Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman, belum bayar dari 2022 hingga kini 2023. Sehinggalah 2023 sudah. Sekarang viral tentang orang berhutang kan, hutang wajib kena bayar."
Itulah kata balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah yang dilihat ada memuat naik perkongsian laporan mengenai perniagaan Sambal 'Petai Terangkat' yang diusahakan pelawak Ali Puteh bersama isterinya, dimana ia laku keras selepas sambal yang dijual mendapat sambutan daripada orang ramai.
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri tersebut, Hidayah menggesa Ali membayar saman yang dimenangi olehnya sejak Februari 2022 lagi, meskipun sebelum ini memaklumkan akan membayar tuntutan berkenaan. Selain menyebut jumlah saman yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM76,167.28, Hidayah turut meminta bekas adik iparnya itu tidak lupa dengan saman berkenaan.
Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakannya itu supaya pihak yang perlu membayar saman ingat tentang tuntutan berkenaan.
Turut menjadi perhatian apabila Hidayah turut mendedahkan duit sumbangan yang diberikan di atas nama Hamzah turut dirampas oleh oleh pihak sana.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment