16 August 2023

MOHON MAAF ATAS KEKELIRUAN - FATHIA LATIFF JELAS DIRINYA BERTUGAS SEBAGAI KERANI BUKAN PEGUAM



"Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman. Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.
"Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang. Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak."

Demikian tulis pelakon Fathia Latiff menerusi Instagram, dimana dia membuat permohonan maaf apabila ramai yang keliru dengan perkongsiannya sebelum ini.

Dalam hantaran tersebut, Fathia yang sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya kini merupakan seorang pengamal undang-undang itu menjelaskan, dia bukanlah seorang peguam tetapi sebenarnya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.

Klik untuk gambar besar
Menurut Fathia lagi, salah faham itu adalah tidak disengajakan, selain dia mengakui terlepas pandang mengenai perkara berkenaan.

Maka dari itu, Fathia tampil memohon maaf kepada semua pihak jika kenyataannya sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Fathia turut dilihat telah menukar kapsyen "Officially a legal practitioner" kepada "Officially a legal assistant" pada hantarannya sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: