Semua sedia makkum mengenai pasangan pelakon iaitu Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle, 32, dimana mereka sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu, secara atas talian (online) di aplikasi Google Meet di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Terbaru, nama Diana telah menarik perhatian netizen di akaun media sosialnya apabila menerusi laman Instagram, pelakon itu memuat naik tiga keping fotonya di sebuah restoran dengan 'memegang tangan seseorang'.
Dalam foto tersebut, Diana dilihat tampil menggayakan 'dress' tanpa lengan berwarna gabungan merah putih dengan kapsyen ditulis, 'you' re on a date with me' (awak sedang 'dating' dengan saya).
Perkongsian Diana itu sekali gus membuat netizen terhibur. Ini kerana, tangan dipegang pelakon filem 'Imaginur' itu adalah rakan wanitanya, namun segelintir netizen tetap meminta agar Diana menghormati tempoh edah yang masih baharu.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, ada juga netizen menasihati Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, menjaga batas pergaulan serta status diri sebagai ibu tunggal dua cahaya mata.
"Jaga edah, kita ini orang Islam," tulis seorang netizen.
"Dah tentu-tentu tangan kawan perempuan dia," tulis seorang lagi warga maya.
"Alahai, janganlah 'pembaris' sangat, ini idea-idea content saja," kata netizen.
"Subhanallah, cantiknya macam anak dara," tulis warganet di ruangan komen.
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan yang berkahwin selama 11 tahun ini mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.
Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan yang berpanjangan selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk perceraian itu.
Untuk makluman, Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment