13 August 2023

KES DUA INDIVIDU MENIPU & GANGGUAN S3KSUAL - ZARA ZYA BUAT LAPORAN POLIS



Pada petang Jumaat lalu, pelakon Zara Zya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, terhadap dua individu dimana masing-masing dengan dua kesalahan jenayah.
Jelas Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dua laporan polis yang dibuat itu berkaitan dengan penyalahgunaan nama dan gambarnya, serta laporan mengenai gangguan s3ksual.

"Kedua-dua individu itu bukan orang yang sama. Laporan pertama adalah berkaitan dengan penyalahgunaan nama dan gambar saya untuk tujuan penipuan di Facebook. Sebelum ini, perkara sama pernah berlaku, namun saya tak buat sebarang laporan polis.

"Apabila sudah terlalu kerap berlaku, saya rasa, sudah tiba masanya untuk saya ambil tindakan sebelum ada pihak yang tertipu dan menanggung kerugian.

Klik untuk gambar besar
"Tambahan pula, ia mencemarkan nama serta reputasi saya sekali gus akan memberi kesan kepada banyak sudut," ujar Zara yang turut memberitahu, dia sudah mula diganggu sejak Jun lalu orang individu tidak dikenali.

"Saya tak tahu dari mana dia dapat nombor telefon saya. Kebetulan, malam kelmarin, saya lihat senarai panggilan dan ada lebih kurang 20 panggilan tidak dijawab daripada nombor tidak dikenali. Kemudian, individu itu terus menerus menghubungi saya.

"Saya jawab panggilannya, tapi saya tak bersuara kerana saya tak kenal nombor itu. Dia mula bercakap benda-benda merapu contohnya, dia mahukan saya, dan bercakap benda-benda lucah. Bila saya tamatkan panggilan, dia hubungi lagi beberapa kali dan saya rakam percakapannya sebagai bukti.
"Bila saya sekat nombor telefon itu, dia hubungi lagi menggunakan nombor lain pula dan dia nampaknya menggunakan banyak nombor berbeza. Dia juga beritahu saya bahawa dia pesakit ment@l dan turut pernah mengaku bahawa dia adalah anggota polis untuk menyakinkan saya supaya berbual dengannya.

"Bahkan, dia juga beritahu saya bahawa dia akan datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa saya. Jadi, saya rasa, benda ini bukan main-main dan perlu diambil tindakan segera untuk keselamatan," katanya.

Dalam pada itu, ditanya pula sama ada dia akan menggunakan khidmat pengawal peribadi selepas ini, Zara berkata, dia menimbang tara perkara itu mengikut situasi.
"Mungkin kalau saya perlu ke lokasi tertentu, saya perlu gunakan khidmat pengawal peribadi sebab benda ini berkaitan dengan faktor keselamatan. Memang ada pembantu peribadi yang bersama saya, tapi, dia bukanlah pengawal peribadi yang boleh selamatkan saya kalau diserang dan sebagainya," tuturnya.

Difahamkan, Zara kini menunggu hasil siasatan daripada pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Zara turut memuat naik beberapa bukti tangkap layar serta video rakaman suara berkaitan jenayah dilaporkannya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: