13 August 2023

REDA, TERIMA TAKDIR PERCERAIAN - FARID KAMIL DOAKAN TERBAIK BUAT DIANA DANIELLE & ANAK-ANAKNYA



"Alhamdulillah, semua dapat diselesaikan dengan baik. Saya bersyukur dan lega dengan takdir yang tertulis. Doa terbaik juga buat Diana. Semoga Muhammad dan Aurora sentiasa dalam perlindungan Allah."
Itulah kata pelakon Farid Kamil yang akhirnya membuka mulut berhubung perceraiannya dengan bekas isteri, pelakon Diana Danielle yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Subang, Khamis lalu, dimana dia menceraikan Diana dengan talak satu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 3 November 2012.

Farid yang reda dengan ketentuan Allah, selain mendoakan yang terbaik buat Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, dan anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, itu turut percaya tiada apa yang kekal di muka bumi kerana semuanya adalah pinjaman.

Klik untuk gambar besar
"Semuanya adalah milik Allah. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan," ujar Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 42, dimana dia menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa ketika ditanya apakah perancangannya.

"Saya tiada sebarang perancangan. Saya hanya menunggu perancangan Allah sahaja," tuturnya yang melafazkan cerai menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ini kerana Farid selaku defendan dalam kes lafaz cerai tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca C0V1D. Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, manakala Diana diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: