12 August 2023

DISERANG STROK - PENYANYI SHEQAL TAK MAMPU BEKERJA



Kehidupan penyanyi yang popular menerusi lagu 'Cinta Nusantara' pada era 90'an iaitu Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin, 58, berubah secara mendadak, selepas tiga kali diserang strok dalam tempoh tiga tahun.
Difahamkan, Sheqal dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban beberapa hari yang lalu dan semalam dibenarkan keluar untuk berehat di rumah.

Menurut isteri Sheqal, Normah Mohd Yusoff, suaminya amat memerlukan kerusi roda, katil dan tilam hospital serta sumbangan tunai untuk belanja perubatan.

"Syukurlah dia dah dapat katil hospital dari seorang individu. Begitu juga kerusi roda pun dah dapat sumbangan dari satu pihak. Syukur ada yang membantu.

"Cuma dari segi sumbangan tunai terpulanglah kepada mereka yang sudi bantu memandangkan keadaan Sheqal yang dah tak boleh bekerja.

"Sebelum ini dia boleh berjalan cuma tak berapa stabil kerana kaki dia lembik. Tapi kali ini dia betul-betul tak boleh berjalan," jelasnya yang turut berkata, Sheqal masih boleh menguruskan diri sendiri ketika kali pertama dan kedua terkena strok.

"Dia masih boleh pergi tandas dan solat serta semuanya okey. Apabila Datuk Nash nak sampaikan sumbangan dia tolak sehingga ada pihak yang terkilan.

"Bukan sebab kami sombong tapi Sheqal rasa ada insan lain yang lebih memerlukan. Jadi kali ini terpulanglah kalau ada nak bagi sumbangan memandangkan keadaannya dah teruk.

"Sebelum ini dia buat bisnes produk kesihatan tapi sekarang dah berhenti sebab dah tak larat. Bila kena strok kali kedua dia dah tak larat untuk buat produk. Duit simpanan yang ada pula digunakan untuk berubat," katanya yang kini menetap di Senawang, Negeri Sembilan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: