12 August 2023

"TERGAMAK... DIA KAN SUAMI ORANG" - SITI NORDIANA ULAS 'PAGE' BUAT CERITA KONON DIA BERCINTA DENGAN NAQIU



Baru-baru ini, ada satu status di Facebook yang mendakwa penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana berkahwin dengan Naqiu yang merupakan vokalis kumpulan Boboy.
Mengulas dakwaan tersebut, Siti Nordiana atau Nana berkata, dia menyedari 'page' terbabit sebenarnya menjual produk, tetapi mengada-adakan cerita artis untuk menarik perhatian ramai adalah cara yang salah.

"Saya pun dapat kiriman tangkap layar daripada kawan-kawan yang prihatin dengan perkara ini. Saya cakap dengan mereka, tak baiklah pihak terbabit buat perkara ini.

"Kenapa yang buat berita macam itu? Tak bagus kerana boleh menimbulkan fitnah. Tergamak buat cerita konon saya bercinta dengan Naqiu. Dia kan suami orang.

Klik untuk gambar besar
"Tajuk itu memang buat ramai orang terkejut dan beri respon. Yang sebenarnya apabila saya tengok video, ia adalah babak lakonan saya dengan Naqiu dulu.

"Judul drama ini ialah Satukan Rasa. Memang dia sebagai suami saya dalam cerita ini. Tapi itu tahun 2019. Drama dah keluar pun. Bagi saya memang tak patutlah buat begitu.

"Ikutkan ada beberapa kali saya jadi mangsa perkara ini yang saya perasan. Tapi saya macam malas nak layan. Kali ini dah ada orang call bertanya.

"Bagi saya, ada pengalaman beberapa kali juga dan ia tak okey," ujar Nana yang memberitahu, paling dibimbangkan, orang hanya melihat tajuk dan mula menganggap bukan-bukan.
"Sebelum ini saya hanya buat-buat tak tahu sahaja. Macam benda begini tak berat sebab tiada yang bertanya. Saya anggap biasalah mereka hanya nak bergurau.

"Tapi apabila dah ada yang bertanya, saya kena beritahu apa yang saya rasa. Saya tak nak bertindak lebih keras dan buat masa ini hanya nak bagi amaran terlebih dahulu.

"Ini kira peringatan juga sebelum terjadi lebih teruk. Kalau boleh janganlah buat lagi. Saya takkan beri muka lagi untuk bertindak lebih keras selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan yang dibuat di media sosial terbabit mendapati pengendali atau pentadbir halaman terbabit sudah memadam artikel yang dikongsi sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: