12 August 2023

MIMI LANA & SYAFIQ KYLE BATAL NIKAH - PENGURUS TAMPIL JELAS BUKAN SEBAB MASALAH PERIBADI



Tarikh majlis pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini difahamkan terpaksa dibatalkan.
Perkara itu turut disahkan oleh pengurus kepada aktres itu iaitu Iman Tang yang mengatakan dia dimaklumkan oleh Mimi dua hari lalu.

Pembatalan itu membuatkan ramai pihak termasuk peminat terkejut sehingga timbul pelbagai spekulasi.

Menurut pengurus Mimi, majlis pernikahan pasangan itu dibatalkan saat-saat akhir kerana Mimi terlibat dengan penggambaran, selain menafikan punca pembatalan majlis tersebut kerana masalah peribadi. Ini kerana tambah Iman, Mimi mengatakan hubungannya dengan Syafiq baik-baik saja.

Klik untuk gambar besar
"Dia berjumpa saya dua hari lalu memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat akhir. Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.

"Bila diberitahu mengenai perkara itu, saya memang terkejut. Tapi saya tahu Mimi memang baru sahaja masuk set penggambaran. Mimi kemudiannya meminta saya menghantar mesej pembatalan kepada tetamu yang sudah membuat RSVP kepada saya sebelum ini.

"Saya ada juga bertanya perkara yang sama (punca pembatalan didakwa masalah peribadi) kepada Mimi, tetapi hubungan mereka baik-baik sahaja. Segala perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: