Cerita mengenai Fathia Latiff sudah lama tidak dengar dan kini pelakon itu menerusi laman Instagram memaklumkan dirinya secara rasmi menjadi pengamal undang-undang iaitu seorang peguam.
"Officially a legal practitioner 😌," tulis Fathia yang memuat naik foto dirinya bersama fail kes di bilik pejabat sebuah firma guaman bertempat di Petaling Jaya Selangor.
Difahamkan, sejak Jun lalu, pelakon yang popular menerusi drama 'Arianna Rose' dilihat ada berkongsikan dirinya sedang bekerja di firma guaman Tawfeek Badjenid & Partners.
Perkongsian terbaru Fathia itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikutnya yang rata-ratanya mengucapkan tahniah buat pelakon itu.
Klik untuk gambar besar
Selain mendoakan Fathia berjaya dalam bidang yang diceburi, mereka juga gembira melihat kehidupan kini pelakon itu, meskipun pernah terpalit pelbagai kontroversi panas sebelum ini.
Untuk makluman, Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdull Latiff, mempunyai kelulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Difahamkan, Fathia memang datang daripada keluarga terpelajar, dimana adiknya merupakan seorang doktor.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment