11 August 2023

GENAP DUA TAHUN PEMERGIAN ARWAH SITI SARAH - SHUIB KATA AYASH MENGALIR AIR MATA KETIKA TIDUR, RINDU ARWAH IBUNYA



Pada 9 Ogos lalu, genap dua tahun pemergian arwah isteri pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissudin yang meninggal dunia akibat C0V1D.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 39, baru-baru ini telah berkongsi mengenai anak bongsunya, Ayash Affan, 2 tahun, dimana anak lelakinya itu mengalir air mata ketika tidur berkemungkinan rindu akan arwah ibunya.

"Mata Ayash tutup ketika tidur tetapi air matanya mengalir. Kejadian itu berlaku malam tadi. Mungkin dia merindui arwah ibunya," ujar Shuib yang berkata, selain Ayash, tiga lagi anaknya juga tidak pernah melupakan arwah ibu mereka.

"Selepas solat Isyak, malam Selasa lalu, saya bertanya Talita esok (9 hari bulan) hari apa dan dia terus beritahu mengenai genap dua tahun pemergian arwah ibunya.

Klik untuk gambar besar
"Arwah Siti Sarah sentiasa dalam hati saya dan anak-anak. Sudah menjadi rutin kami untuk menitipkan doa buat arwah setiap hari sebelum tidur," tuturnya.

Sementara itu, Shuib turut mengulas majlis untuk arwah Siti Sarah, dimana dia akan mengadakan sambutan 'Family Day' atau hari keluarga serta tahlil sempena genap dua tahun pemergiannya.

"Kami buat sambutan hari keluarga dan majlis tahlil untuk arwah kerana saya tahu arwah memang suka buat majlis yang mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti ini.
"Selain itu, Insya-Allah, saya juga merancang untuk bawa anak-anak untuk melawat ke kubur arwah ibu mereka hujung minggu ini. Saya tidak dapat bawa anak-anak ke kubur pagi semalam kerana mereka berada di sekolah," jelasnya.

Mengenai hubungan anak-anak dengan isterinya, Watie Hanifiah pula, kata Shuib, dia bersyukur kerana dikurniakan wanita yang cukup memahami dan menjadi pengganti untuk anak-anaknya menumpang kasih.

"Saya melihat anak-anak sangat gembira dengan 'mommy' baru mereka sekarang. Watie pandai memasak dan anak-anak juga suka dengan masakannya.
"Apa yang penting, perkembangan kesihatan mental anak-anak yang semakin membesar baik dan positif dengan kehadiran Watie dalam hidup kami sekeluarga.

"Malah, anak saya, Matin juga sangat rapat dan melekat dengan Watie sampai saya pula berasa seperti dipinggirkan," kata Shuib yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Watie pada 23 Jun lalu.

Untuk makluman, Shuib dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 12; Dzahira Talita Zahra, 10; Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 2, hasil perkongsian hidup dengan arwah Siti Sarah.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: