27 August 2023

NABILA RAZALI SUDAH BERTUNANG DENGAN AHLI PERNIAGAAN & BEKAS PELUMBA KERETA LITAR FORMULA?



Nama Nabila Razali ketika ini hangat diperkatakan selepas penyanyi dan pelakon itu didakwa telah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.
Menurut sumber, majlis yang diadakan secara tertutup di rumah baru Nabila, 31, di Selayang itu melibatkan ahli keluarga terdekat.

"Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi," kata sumber.

Menerusi perkongsian saudara terdekat lelaki berkenaan, majlis itu turut diserikan dengan pelamin kecil serta acara bertukar dulang hantaran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh Nabila dan Nik Iruwan bakal disatukan, namun hari bahagia pasangan itu bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands.

Difahamkan, Nabila dan Nik Iruwan yang juga terbabit dalam sukan go-kart itu sudah menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu.

Untuk makluman, pemuda berusia 37 tahun yang kerap menganjurkan acara hiburan itu adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Selain terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: