27 August 2023

"SAYA TERPAKSA GUNA KERUSI RODA..." - UYAINA TERJATUH DARI PENTAS DI INDONESIA, OTOT KAKI KANAN TERKOYAK



Malang tak berbau... Itulah yang terjadi kepada pengacara, Uyaina Arshad, 31, dimana dia berdepan kemalangan kecil apabila terjatuh dari pentas di D'Aacademy Asia yang menyebabkan otot kaki kanannya terkoyak, baru-baru ini.
Insiden itu berlaku ketika dia menyapa rakan pengacara, Jirayut yang sibuk melakukan raptai untuk program realiti dangdut berkenaan.

"Kejadian berlaku lebih kurang sejam atau dua jam sebelum siaran langsung bermula. Ketika itu, rakan pengacara, Jirayut rancak melakukan raptai. Saya memang rapat dengannya dan teruja bila nampak dia sibuk buat raptai.

"Jadi, saya terus pergi menuju ke arah Jirayut dan terlupa bahawa di pentas itu, ada bahagian 'kolam' yang menjadi tempat penonton berdiri. Saya ingatkan, ia (kolam itu) di belakang lagi, tapi, sedar-sedar saya dah terjatuh.

Klik untuk gambar besar
"Mujur saya tak tersembam atau apa, tetapi jatuh secara berdiri. Cuma, kaki saya pula terpelecok," jelas Uyaina yang berkata, dia yang pada awalnya menganggap itu hanya perkara kecil akhirnya terpaksa akur dengan keadaan kaki yang semakin sakit.

"Tapi, selepas itu saya yakin lagi untuk bersiaran secara langsung. Dah lepas bersolek dan nak pakai pakaian, baru saya mula rasa sakit. Bila nak sarung kasut tumit tinggi, memang tak boleh. Jadi, saya beritahu produksi, kena pakai kasut rata dan pakailah selipar.

"Kemudian, saya mula tak boleh nak memijak lantai. Jalan pun kena perlahan-lahan. Tapi, saya teruskan juga bersiaran sebab rasa masih boleh bekerja. Ketika masih bersiaran, nak jadi cerita rakan pengacara, Gilang Dirga pula terpijak kaki saya. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kaki jadi lebih sakit.
"Selepas selesai kerja, saya terus dikejarkan ke hospital dan mujurlah tidak ada patah atau retak. Cuma, apabila ahli fisioterapi datang untuk buat pemeriksaan keesokan harinya, saya diberitahu ada otot terkoyak," kongsinya lagi yang kembali bersiaran di pentas D'Academy Asia, namun dia tidak dapat banyak bergerak.

"Tiga hari lalu, saya pulang ke Malaysia dan terpaksa menggunakan kerusi roda kerana tak dapat berjalan jauh. Semalam, saya bersiaran semula di Jakarta. Keadaan kaki bertambah baik kalau dibandingkan beberapa hari lalu. Cuma, saya masih tak boleh banyak bergerak.

"Hari ini pun, saya ada acara, tapi terpaksa untuk tidak hadir kerana nak beri tempoh rehat secukupnya pada kaki saya agar cepat sembuh," tutur Uyaina yang turut memuat naik potongan video ketika insiden tersebut berlaku, menerusi laman Instagram.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: