"Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai tak nak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua seksi sampai rasa tak mahu keluar.
"Tapi suami saya cakap, tak apalah jom kita shopping online, Jadi dia memberi galakan dan sokongan hingga membuatkan saya rasa tersentuh.
Itulah kongsi pelakon Fatin Afeefa yang mendedahkan dia berdepan kemurungan sebaik saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah berikutan pakaian yang dimilikinya seksi dan tidak menutup aurat.
Fatin berkata demikian bagi menjawab mengenai perkongsiannya sejak kebelakangan ini yang menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik gambarnya yang kini sudah pun berhijab, namun tidak mengesahkan mengenai perkara itu.
Memetik Hijabista, Fatin memberitahu, niatnya untuk berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik serta meluahkan rasa syukur suaminya, Aliff Awang memberi sokongan buat dirinya.
“Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai tak nak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua seksi samapi rasa tak mahu keluar.
Dalam pada itu, akui Fatin, dia kini berjinak-jinak untuk mengenakan hijab dan menutup aurat, selain dia kini sedang berusaha menjadi seseorang yang lebih baik.
"Kita mencuba sebenarnya, saya tak akan kata yang saya dah berhijab sepenuhnya. Tapi saya akui saya sedang cuba untuk menjadi seseoran yang lebih baik dari dalaman atau luaran.
"Kita cuba perlahan-lahan. Tak berani nak cakap sebab iman seseorang turun naik sebab tu saya tak berani nak cakap saya dah sepenuhnya berhijab. Lagipun nak istiqamah itu tak mudah," ujarnya.
Tambah Fatin lagi, suaminya sangat gembira dan bahagia apabila dia meluahkan hasrat untuk berhijab serta memberikan sokongan padanya.
"Suami sangat gembira bila tau saya nak pakai tudung. Dia orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa atau cakap "eh pakailah tudung, tak sayang laki ke," takde.
"Tapi dia sangat menyokong la. Masa saya cuba pakai tudung tu, suami cakap "baby nak beli jubah ke? Belilah.." dia memberi galakan dalam masa tidak menyakitkan hati," katanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment