17 August 2023

"SEDIH JUGA BILA PAPA TAK IZIN MENJAGANYA... PAPA CAKAP DIA MASIH KUAT" - SERINA



"Saya duduk di Perlis. Disebabkan jauh, saya selalu mesej papa, lebih lagi, sesi kemoterapi kitaran keempat lebih kuat, jadi papa pening dan sesak nafas.
"Keadaan ini membuatkan saya lebih risau. Saya ada datang melawat papa di Kuala Lumpur dan beritahu suami izinkan saya menjaganya di hospital.

"Namun, papa tak setuju kerana keadaannya belum lagi terlantar. Doktor pun tak sarankan keluarga temankan di hospital kerana sekarang banyak kes penyakit merebak.

"Sedih juga bila papa tak izin menjaganya. Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa. Tetapi, saya perlu memahami kehendak papa, dia cakap masih kuat."

Klik untuk gambar besar
Itulah kata pelakon Serina Redzuawan yang sedih apabila bapanya, Chef Wan tidak bersetuju dengan hasratnya yang mahu menjaganya di hospital, meskipun sudah mendapat keizinan suami.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur sel kanser limfoma yang dihidapi bapanya belum menyerang organ termasuk otak.

Menurut Serina lagi, bapanya yang mempunyai semangat yang kuat melawan penyakit tersebut, sempat menderma kepada institusi kanser untuk menjalankan kajian lebih mendalam mengenai kanser dan bantu orang lain dalam keadaan sakit.
"Itulah papa, beliau pun sakit, tetapi masih fikir nak bantu orang. Jadi, bila nampak papa positif, saya jadi positif. Saya tak nak tunjuk kesedihan di depan papa. Ini kerana beliau memerlukan sokongan moral, jadi saya tak boleh tunjuk kerisauan," tuturnya.

Minggu lalu, Chef Wan yang merupakan selebriti cef berusia 65 tahun itu memaklumkan dirinya menghidap kanser limfoma.

Selain itu, Chef Wan turut berkata, doktor memberitahu, peluangnya untuk sembuh sangat besar iaitu antara 70 hingga 80 peratus.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: