01 September 2023

14 TAHUN PEGANG STATUS IBU TUNGGAL - SITI NORDIANA MAHU CARI LELAKI YANG MEMAHAMI & BERTOLAK ANSUR



"Buat masa sekarang ini saya masih solo. Tidak mendirikan rumah tangga dengan sesiapa. Saya belum berkahwin lagi. Keinginan untuk berkahwin itu mestilah ada, sebagai manusia biasa.
"Tapi bukan sekarang atau dalam masa terdekat. Sekarang tidak mengenali sesiapa pun. Minta semua orang doakan juga saya," kata penyanyi Siti Nordiana yang mengakui ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga lagi, selepas 14 tahun bergelar ibu tunggal.

Bagaimanapun, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, menjelaskan, dia masih lagi solo dan tidak mengenali sesiapa serta meminta mendoakan untuk dirinya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nana berkata, bukan mudah untuk seseorang itu menerima dirinya yang berstatus ibu tunggal kepada seorang cahaya mata dan disebabkan itu, dia mahu mencari pasangan yang memahami dirinya.

"Sebenarnya saya mencari seorang lelaki yang boleh memahami dan bertolak ansur dengan saya. Sebab itu untuk berkahwin lagi ini mengambil masa yang agak lama.
"Bukan senang nak cari jodoh yang tepat untuk saya. Yang cuba mendekat saya tidak perasan, mungkin ada yang cuba mendekati," ujarnya.

Untuk makluman, Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusup pada April 2006, namun bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie yang dilahirkan pada 21 Mac 2008.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: