01 September 2023

ISU FITNAH - DA'I SYED TUNTUT DUA WANITA BAYAR GANTI RUGI RM1 JUTA



Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram pendakwah selebriti, Da'i Syed baru-baru ini, dia menuntut RM1 juta terhadap dua wanita yang didakwa memfitnahnya sebagai ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya, selain sebagai pampasan ganti rugi untuk gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah berkenaan.
Dalam kenyataan itu juga, Syed menuntut video yang mengaitkan namanya yang telah dimuat naik di media sosial dipadam dan juga turut menuntut permohonan maaf bertulis daripada kedua-dua belah pihak bagi membuktikan penyesalan dan rasa insaf atas perbuatan fitnah itu.

Bagaimanapun, permohonan maaf yang dibuat perlukan dipersetujui terlebih dahulu oleh Syed sebelum dimuat naik di media sosial kedua individu berkenaan.

Bukan itu saja, Syed dalam masa sama menuntut aku janji bertulis daripada dua wanita tersebut agar tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa akan datang.

Klik untuk gambar besar
"Satu jaminan keselamatan bertulis daripada pihak kamu bahawa kamu, ahli keluarga, waris atau mana-mana ejen yang mempunyai perkaitan dengan kamu.

"Tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman hidup anak guam dan keluarga pada masa akan datang," tulisnya.

Dalam pada itu, jika tiada tindakan dibuat mengikut tempoh ditetapkan pihak Syed bakal meneruskan tindakan undang-undang sivil terhadap individu berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: