04 September 2023

ADAKAN MAJLIS RESEPSI DI KUALA LUMPUR - TERPANCAR KEBAHAGIAAN DI WAJAH MIZZ NINA & SUAMI



Selepas hampir tiga bulan bernikah, penyanyi dan aktivis kemanusiaan iaitu Mizz Nina akhirnya telah melangsungkan majlis resepi bersama pasangannya, Essam Muhammad di sebuah acara tertutup, malam tadi.
Difahamkan, majlis persandingan tersebut diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Melihat pada foto dan video yang dikongsikan, terpancar kebahagiaan di wajah Mizz Nina dan suaminya yang tampil anggun serta tampan dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.

Klik untuk gambar besar
Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam yang merupakan seorang penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat itu.

Majlis tersebut juga turut menyaksikan pasangan pengantin itu bersama anak angkat Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman iaitu Musa.
Turut kelihatan hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusri Abdul Halim.

Terdahulu, Mizz Nina dan Essam disatukan dalam ijab kabul yang berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: