04 September 2023

MAJLIS PENUTUP RESEPSI - SUT KELABU ARWAH BAPA JADI PILIHAN ANAK DIDIE ALIAS, DHANIAL



"Saya tak jangka bahawa dia ada pakaian yang sesuai dengan warna tema yang Mommy sudah susun. Kemudian, selepas saya kemas almarinya, saya ternampak sut ini. Rasanya, ini adalah sut yang dia pakai ketika berlakon dalam drama Kuasa.
"Sejujurnya, bila saya sarung sut ini, saya dapat rasakan seperti ayah saya ada dengan saya," ujar anak kepada pelakon Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan, 29, yang memilih untuk memakai sut milik arwah bapanya yang juga pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim di majlis resepsi yang berlangsung malam semalam.

Apa yang menarik lagi, Dhanial dan isterinya, Nur Khairunnisa Zulkifli, sebelum itu muncul di dewan acara dengan menaiki LRT dan turun di Stesen LRT Jelatek.

Klik untuk gambar besar
"Itu adalah idea daripada Mommy sendiri. Jadi saya dan isteri menaiki LRT dari Stesen LRT Setiawangsa ke Stesen LRT Jelatek. Lagi pula, kami mendapat kerja sama daripada pihak Stesen LRT Jelatek dan juga Datun Jelatek yang menaja lokasi untuk acara hari ini (semalam).

"Secara tak langsung, ini juga untuk mempromosikan bahawa pusat membeli belah ini boleh diakses menggunakan LRT," kata Daniel yang juga turut menitiskan air mata saat video kejutan yang dibuat oleh adik-beradiknya ditayangkan dan turut menampilkan kenangan bersama arwah bapa mereka.
Sementara itu, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, 51, meluahkan rasa syukur majlis penutup untuk majlis resepsi anak lelakinya itu berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, saya dah boleh menarik nafas lega kerana semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua keluarga, rakan-rakan, penaja dan semua yang sudi memeriahkan majlis ini," katanya.
Antara kejutan lain di majlis yang mendapat tajaan lebih RM500,000 itu adalah persembahan oleh Didie yang menyanyikan lagu 'Kaulah Segalanya'.

Turut membuat persembahan adalah barisan artis antaranya, Mark Adam, Lah Ahmad serta gandingan pengacara majlis, Ieda Moin dan Along Cham.

Untuk makluman, Dhanial dan Khairunnisa berkahwin pada 20 Mei lalu, selepas industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Ridzuan Hashim pada 4 Mei lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: