04 September 2023

WAJAH DISAMAKAN VIDA - IMAN TROYE TAK KISAH, SAMBUT BAIK PENDAPAT ORANG RAMAI



Penyanyi Iman Troye, 20, akui dirinya tak kisah apabila rupa wajahnya yang dikatakan mirip usahawan popular, Datuk Seri Vida.
Malah kata Iman, dia sentiasa menyambut baik pendapat orang ramai walaupun wajah mereka berbeza.

"Saya tak rasa muka kami sama dan tak kisah bila ramai yang menyamakan wajah kami. Memang saya perasan ramai yang kata muka saya dan dia sama.

"Kadang-kadang bila saya jumpa Datuk Vida, saya panggil dia mama kerana kami sudah macam anak beranak. Kalau orang lain nampak sama itu terserah. Sebab mata orang berbeza-beza.

Klik untuk gambar besar
"Saya pun suka saja duduk dengan Vida sebab dia sangat baik. Saya pun panggil dia mama, jadi tiada masalah pun," katanya.

Dalam pada itu, Iman dengan nada bergurau memberitahu di bahagian bibir, ketika ditanya bahagian wajah manakah yang dikatakan mempunyai iras dengan Vida.

"Mungkin bibir buat kami nampak sama. Semoga mama Vida sihat selalu. Saya sayang mama dan jujurnya tak kisah pun orang samakan wajah kami. Kalau mama Vida comel, saya pun comel jugalah," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: