04 September 2023

AYDA JEBAT HAMIL 7 BULAN LINCAH MENARI - NETIZEN LUAH BIMBANG



Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang kini sedang hamil anak kedua dan kandungannya sudah pun memasuki tujuh bulan
Namun baru-baru ini, aksi isteri kepada pengacara dan pelakon Nabil Mahir itu di acara Absolut Food Fest 2023 menjadi bualan ramai di media sosial.

Ini kerana aksi Ayda yang dikongsikan netizen menerusi video, dilihat tetap bertenaga menghiburkan pengunjung, meskipun dalam keadaan hamil tujuh bulan.

Klik untuk gambar besar
Dalam video dikongsikan seorang pengguna TikTok @poojapalatao, memaparkan Ayda menyanyikan lagu 'Nakal Nakal Nakal', 'Temberang' dan 'Gangnam Style' nyanyian asal PSY.

Melihat pada kapsyen video tersebut, pengguna TikTok itu meluahkan rasa risau jika berlaku perkara tidak diingini ketika penyanyi itu membuat persembahan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menegur kelincahan dan penampilan Ayda yang dikatakan kurang sesuai buat ibu hamil sehingga menampakkan bentuk badannya kerana terlalu ketat.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: