Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Puteri Sarah Liyana telah berkongsi tangkap layar surat yang dikeluarkan peguamnya, terhadap individu bernama bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
Dalam hantaran itu, Sarah yang kini berada di Jakarta, Indonesia, turut meluahkan rasa syukur dengan berita gembira daripada peguamnya itu.
"Kerana mulut badan binasa. Alhamdulillah, berita baik dari peguam-peguam saya. Seterusnya?" tulisnya yang memberikan gambaran mengenai langkah seterusnya yang akan diambil.
Sebelum ini, Sarah meluahkan rasa bengang apabila 'dijentik' oleh wanita yang didakwa sebagai menantu kepada pelakon Kazar itu, dimana isu rumah tangga dengan bekas suami, Syamsul Yusof masih dijaja wanita tersebut.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment