03 September 2023

EBBY YUS DINASIHAT DOKTOR JALANI PROSEDUR PEMASANGAN BATERI PADA JANTUNG



Walaupun kesihatan menunjukkan perubahan positif, namun pelawak dan pelakon Ebby Yus, 58, menjelaskan, doktor ada menasihatkannya untuk menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung.
"Kalau nak dibandingkan dengan sebelum ini, Alhamdulillah sekarang lebih nampak perubahannya selepas mendapatkan pelbagai rawatan. Tapi kalau mengikut doktor mengenai masalah jantung saya ini, dia menasihatkan untuk memasang bateri sebab berada dalam keadaan lemah.

"Kemudian mata pun perlu menjalani pembedahan dan masalah buah pinggang pun kalau tidak dijaga akan mendatangkan risiko. Apapun saya berterima kasih kepada pihak yang sentiasa mengambil berat dan mendoakan kesihatan saya. Jangan risau mengenai saya, mudah-mudahan semuanya okey," tuturnya.

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, yang dikatakan menghadapi kesulitan hidup susulan keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan ketika ini, memberitahu, setakat ini, dia masih dapat meneruskan kehidupan dengan baik walaupun kudratnya sudah tidak sekuat dulu.

"Kalau nak cakap duit saya sudah mencukupi tak tahu bila nak cukup tapi saya cuba kumpul sedikit demi sedikit. Setakat hari ini semuanya baik-baik saja tapi tak tahu pada masa akan datang. Mudah-mudahan saya diberikan kesihatan yang baik.

"Saya tak berani nak cakap lebih sebab kekangan-kekangan (masalah kewangan) itu ada tapi Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Jujurnya kalau nak sebut fasal komitmen bulanan memang banyak tapi saya akan cuba perlahan-lahan dan menerima tawaran yang bersesuaian dengan tahap kesihatan saya sekarang.

"Alhamdulillah tawaran kerja ada cuma kemampuan saya agak terhad terutama membabitkan kawasan 'outdoor' kerana saya menghadapi masalah silau hingga boleh menyebabkan masalah pening dan pitam, lebih-lebih lagi jika cuaca panas tapi untuk kerja di studio tiada masalah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: