05 September 2023

"SAYA OKAY KALAU MEREKA PILIH BAPANYA" - BEKAS MADU MIERA LEYANA GEMBIRA DAPAT PELUK ANAK SELEPAS BERBULAN-BULAN TAK JUMPA



"Anisa masih kecil jadi mungkin dia keliru tapi kami tenangkan dia dengan memberitahu walau apa terjadi, kita masih sebuah keluarga."
Itulah ujar bekas madu pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abd Mutalib yang meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan kedua anaknya itu yang kini berada di bawah jagaan bekas suaminya, Rosland Othman sejak Februari lalu.

Berpeluang memeluk Anisa ketika bertemu, Adibah sempat menenangkan anaknya itu yang menangis mungkin disebabkan rasa gementar dan keliru.

Adibah yang reda dan tidak berkecil hati jika dua anak perempuannya itu memilih untuk tinggal bersama bapa mereka. Ini kerana katanya, dia tidak mahu emosi kedua anak-anaknya itu terganggu disebabkan masalah mereka serta berharap kebajikan mereka terbela.

"Walaupun sebagai ibu memang nak anak pilih kita, saya rasa emosi anak pun kena ambil kira. Saya okay kalau mereka pilih bapanya," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Difahamkan, semalam berlangsung perbicaraan hanadah penuh terhadap dua anak perempuan mereka iaitu Nur Anisa, 12 tahun dan Nurin Tasnim, 11, tahun di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada perbicaraa itu, Hakim Shamsuddin Hussain memanggil Anisa dan Nurin bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka.

Anak ketiga pasangan itu, Nur Liyana, 18 tahun turut dipanggil memberi keterangan pada prosiding tersebut dan mahkamah menetapkan 2 Oktober untuk keputusan.

Terdahulu, Adibah dan Rosland sah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: