05 September 2023

TUNAI UMRAH BERSAMA KELUARGA - NANA MAHAZAN LUAH RASA SYUKUR



"Syukur Ya Allah atas rezeki untuk menunaikan umrah bersama keluarga, abah, mak dan ucu. Allahuakbar. Kalau ada salah dah silap, kami mohon maaf. Halalkan makan minum kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian."
Demikian tulis penyampai radio dan pengacara, Nana Mahazan menerusi laman Instagram, dimana dia baru-baru ini berangkat ke Tanah Suci bersama keluarganya bagi menunaikan ibadah umrah.

Dalam hantaran tersebut, Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, 40, turut disertai ibu bapanya untuk menunaikan umrah.

Suami Nana iaitu Raqeem Brian turut memohon doa agar perjalanan ibadah mereka dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah, saya dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Kepada semua kenalan, kami memohon 10 jari, memohon kemaafan atas segala salah silap kami.

"Moga kita semua mendapat keredaan Allah," katanya dalam ruangan komen di hantaran yang dimuat naik Nana.

Di Instagram, Nana turut berkongsi beberapa gambar keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: