"Saya tak pernah fikir pun soal jodoh ini. Antara sebabnya adalah kerana saya fokus pada komitmen kerjaya dan saya menjaga ibu yang sedang uzur," itulah tutur pelakon Azhan Rani yang berkata, dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang, meskipun usianya hampir mencecah 50 tahun.
Ini kerana jelas Azhan, fokus utamanya kini hanya untuk menjaga ibunya yang sedang uzur serta kerjaya lakonannya. Menurutnya, dia juga mempunyai banyak waktu untuk menjaga ibunya berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.
"Bila saya tiada komitmen keluarga sendiri, saya ada banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab pada ibu berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga. Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Tidak kisah apabila sering ditanyakan mengenai soal jodoh, pelakon berusia 47 tahun itu memberitahu, hidupnya tidak sunyi kerana mempunyai ibu serta kucing yang menemaninya.
"Saya meraikan sahaja pertanyaan mereka kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya. Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya," katanya.
Dalam pada itu, Azhan turut mendedahkan, dia ada menerima mesej daripada wanita-wanita yang mahu berkenalan dengannya. Bukan itu sahaja, kata pelakon itu lagi, ada juga yang mengajak untuk berkahwin.
"Kalau saya bagitahu, bunyinya macam angkuh pula nanti. Memang ada juga yang hantar mesej di sosial media ajak berkenalan. Tapi ketika ini, saya takut juga sebab ada yang terus ajak berkahwin padahal saya tak kenal pun.
"Fasal duit pun saya pernah kena tipu, inikan pula hal kahwin. Nanti bila berjumpa, gambar di media sosial lain, bila secara berhadapan lain pula. Saya pun tak tahu niatnya serius atau tidak," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment