Semua sedia maklum mengenai keadaan penyanyi Bad Indigo, 48, yang kini berdepan dengan kecacatan kekal dan bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU), selepas menjalani prosedur memotong semua jari kaki kiri akibat diabetis.
Bad yang terpaksa menggunakan 'walker' sebagai alat bantuan untuk berjalan itu memberitahu, dia sedang mencari solusi untuk membeli alat bantuan berjalan dikenali sebagai 'X-Leg' yang hanya terdapat di California, Amerika Syarikat berikutan pengeluarnya tidak mengirimnya luar dari negara itu.
Kata Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, alatan berkenaan berharga sekitar RM5000 itu turut disarankan oleh juru fisioterapi bagi memudahkan dia bergerak sekali gus memberikan keselesaan buatnya.
"Sekarang ini tapak kaki kiri saya sudah bengkok ke dalam setelah ke semua jari dipotong, akibatnya saya tak boleh pijak lantai langsung kerana akan terasa sakit.
"Saya terjumpa 'X Leg' itu secara tak sengaja di YouTube, alat itu paling baik untuk saya kerana dapat menyokong kaki. Jadi alat itu boleh tolong saya untuk berdiri tanpa perlu berpijak pada lantai.
"Jika dapat beli alat itu, mudahlah sikit saya nak bergerak. Selain itu bolehlah saya terima undangan nyanyian. Sekarang ini penganjur pun tak panggil, mungkin mereka takut menyusahkan saya naik ke pentas sebab berkerusi roda.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang ini saya sedang memikirkan cara bagaimana untuk dapatkan alat itu kerana tiada 'shipment' ke luar negara. Sama ada saya sendiri kena ke sana atau saya kena kirimkan pada sesiapa," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia berkata, pasti ada jalannya jika sudah menemui solusi membeli alatan canggih itu, biarpun belum mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan alat bantuan berkenaan.
"Kos untuk ke sana pun bukan murah, namun paling jauh pun mereka boleh pos adalah ke Kanada tapi masalahnya saya pun tiada kawan di situ. Alat itu dicipta oleh individu yang pernah patah kaki untuk membantunya bergerak tanpa menggunakan tongkat.
"Tapi masalah kaedah pembelian sangat rumit, malah bila saya minta invois pun mereka tak beri sebab saya berada luar daripada Amerika Syarikat. Jadi selagi belum ada keperluan, saya tak mohon bantuan dulu.
"Walaupun layak untuk mendapatkan zakat dan bantuan lain kerana status Orang Kelainan Upaya (OKU), tapi saya tak gunakan. Bagi saya belum ada keperluan kerana saya masih mampu bekerja.
"Lagipun saya tak nak bantuan itu menjadikan saya malas untuk bekerja sebaliknya hanya mengharapkan duit masuk setiap bulan. Jadi selagi ada kudrat biarlah saya bekerja," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment