11 September 2023

BERANGKAT KE MAKKAH - JANNA NICK TITIP PESAN PADA SUAMI : "JANGAN GATAL-GATAL KALAU NAK HIDUP LAMA K"



"Hardest goodbye 🥹❤ Jaga diri @dinischatmann. Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama k," tulis pelakon Janna Nick secara berseloroh menitipkan pesan kepada suaminya, pelakon Dini Schatmann, ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Janna yang berkongsi hal tersebut menerusi laman Instagram itu turut memuat naik video momen yang memaparkan Dini menghantarnya yang bakal menjalani penggambaran drama selama dua minggu di Makkah.

Melihat video tersebut, pasangan terbabit saling berpelukan dan kelihatan seakan susah untuk berpisah serta berjauhan antara satu sama lain.

Malah, Janna dilihat memegang erat lengan Dini, kemudian mereka berpelukan dan berlaga hidung sesama sendiri.

Klik untuk gambar besar
Dalam video itu, Janna turut menulis ayat "still tak nak terima kenyataan". Apabila mula memasuki Balai Pelepasan, dia menulis "baru start sedar hakikat, kena tinggal budak ni (suami)'?" yang disertakan dengan emoji sedih.

Bukan itu sahaja, Janna kelihatan turut mengesat air matanya sebelum meneruskan langkah ke terminal pelepasan.

Perkongsian Janna ini mendapat perhatian peminat serta rakan-rakan artis yang turut mendoakan urusan pelakon itu dipermudahkan.
Terdahulu, Janna berkata, selepas lebih dua bulan berkahwin, dia akan berjauhan selama dua minggu daripada Dini kerana menjalani penggambaran drama 'Surat Dari Tuhan di Tanah Suci Makkah'.

Dia berangkat ke Makkah semalam dan secara tidak langsung pertama kali meninggalkan suaminya dalam tempoh lama di atas urusan kerja. Selain untuk bekerja, dia juga akan menggunakan kesempatan ini untuk beribadah.

Janna mulanya bercadang untuk membawa Dini tetapi membatalkannya kerana pemergian ini atas dasar kerja dan tidak manis membawa suami.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: