10 September 2023

SEKALI LAFAZ - IMRAN AQIL KINI SAH SUAMI INFLUENCER, DAHLIA RIZAL



Tahniah diucapkan buat penyampai radio Hot FM dan juga pelakon iaitu Imran Aqil, 24, apabila dia telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang merupakan seorang pempengaruh media sosial (influencer), Nur Dahlia Ahmad Rizal, 22, dengan sekali lafaz, malam semalam di Ayer Keroh, Melaka.
Imran dan isterinya yang sebelum ini mengikat tali pertunangan selama setahun sejak pada Ogos tahun lalu itu dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Nordin yang berwakil wali bapa pengantin perempuan, Ahmad Rizal.

Kata Imran atau nama penuhnya, Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, dia meluahkan rasa syukur majlis pernikahan bersama isterinya itu berlangsung dengan lancar seperti dirancang.

Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya dan Dahlia, sah bergelar suami isteri. Sejujurnya, saya rasa agak gementar kerana nak menggalas tanggungjawab seorang suami bukan mudah.

"Namun, berkat doa ibu bapa kami dapat juga mengharungi pelbagai ujian dalam pertunangan yang akhirnya membawa kepada pernikahan ini. Saya ucap terima kasih kepada Dahlia kerana banyak bersabar dengan saya.
"Saya akui banyak kekurangan diri, tapi awak (Dahlia) sentiasa menyempurnakannya dan menerima saya seadanya," tuturnya yang juga pelakon drama 'Budak Tebing 2' di TV3.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup dengan dihadiri ibu bapa, keluarga dan teman rapat itu menyaksikan Imran menyerahkan mas kahwin RM300 kepada Dahlia dan wang hantaran pula dirahsiakan.

Imran yang juga adik kepada pelakon Nabil Aqil serta anak saudara pelakon Syafiq Kyle ini turut menyerahkan tiga dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas lima dulang.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: