10 September 2023

DISERANG STROK - ALONG JINBARA JALANI PEMBEDAHAN KELUARKAN CECAIR DI OTAK



Penyanyi kumpulan rock Jinbara iaitu Along atau nama sebenarnya Syah Nizam Ahmad Shamsi, telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan cecair di bahagian otaknya semalam dan kini di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Pemain dram Jinbara, Shahrin Sabudin atau Ahtan berkata, Along menjalani pembedahan memasang tiub sekitar jam 2.45 petang dan proses ini berjaya.

"Keluarganya memaklumkan keadaan Along dilaporkan stabil. Dia juga dah mula menunjukkan respon menerusi pergerakan jari, bibir dan mata.

"Tapi banyak pergerakan pada bahagian mata. Respon pergerakan mata dan anggota badan selepas pembedahan terbabit juga adalah petanda baik.

"Kami semua berharap agar Along sedar untuk lawan ubat tidur yang diberikan. Kena bagi masa satu hingga dua hari untuk dia sedar sepenuhnya," jelasnya yang memberitahu, Along terkena serangan strok pada Subuh Jumaat lalu sekitar jam 5 pagi.

Menurutnya lagi, ketika itu, Along masih memberikan respon sehinggalah dia muntah dan terus pengsan, sebelui Isterinya segera menghubungi ambulans untuk kejarkan dia ke hospital.

"Sehari sebelum itu (Khamis) kami ada temubual dengan radio Astro untuk promo single terbaru Kurniaku Terindah terbitan Luncai Emas Sdn Bhd.

"Petang itu dengan THR Gegar manakala malam dengan Sinar FM. Waktu itu nampak dia tiada masalah, semuanya okey. Semuanya berjalan lancar. Balik dari Astro kami praktis di studio untuk show di Kluang, Johor.

"Menurutnya isterinya, apabila balik rumah, Along lapar dan makan. Dan sekitar jam 4 pagi dia kejutkan isterinya beritahu dia pening-pening dan tumbang.

"Saya dihubungi isterinya sekitar jam 4.45 pagi dan minta hantarkan dia ke hospital terdekat. Saya pun bergegas ke HKL pada jam 9 pagi semalam dan keadaannya tak sedarkan diri.

"Doktor terus 'intubate' dan buat Ct Scan dan nampak ada pendarahan dalam otak. Selepas itu keluarganya maklumkan ada lebihan air pula yang bertakung di bahagian otak," katanya.

Untuk makluman, Along menyertai Jinbara pada 2022 dan terbabit dengan single 'Kurniaku Terindah' ciptaan Datuk M Nasir.

"Untuk persembahan di Kluang malam tadi, kami menggunakan khidmat Cidin Tuah yang pernah bersama Jinbara dulu. Along kena berehat dan kami akan fikirkan penggantinya untuk sementara waktu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: