10 September 2023

TIADA NIAT RAHSIAKAN KEHAMILAN ANAK KEDUA - SUAMI IZARA AISHAH IDAM 'PUTERI'



"Insya-Allah saya bakal bersalin hujung bulan ini atau awal bulan depan. Saya tiada niat merahsiakan kehamilan ini," kata pelakon Izara Aishah, 30, yang menjelaskan, dia tidak berniat untuk menyembunyikan kehamilan anak keduanya itu daripada umum.
Sebelum ini, Izara memaklumkan, dia kini sarat hamil dan dijangka melahirkan cahaya mata keduanya itu bulan Oktober depan.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu, dia hanya mengetahui dirinya berbadan dua selepas kehamilan mencecah empat bulan.

"Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba 'mood' rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentu suami dan anak antara paling teruja.

Klik untuk gambar besar
"Pada fasa ini, saya akui pergerakan terbatas. Malah, sukar tidur. Cuma syukur di awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius," kongsinya.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai jantina anak, Izara menyerahkan kepada rezeki yang sudah ditakdirkan. Bagaimanapun, kata pelakon filem 'J Revolusi' itu, suaminya iaitu Adib Khalid mengimpikan cahaya mata perempuan lagi.
"Anak lelaki atau perempuan saya dan suami tak kisah pun. Cuma kalau dapat anak lelaki, kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata. Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, asalkan anak yang dilahirkan nanti sempurna dan sihat," ujarnya.

Untuk maklumam, Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu kini memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: