"Oh itu tunang saya, kita akan kahwin next week (minggu ini). Lagu ni (Biar Seribu) sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.
"Jadi, mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini," tutur penyanyi Noh Salleh yang baru-baru ini memperkenalkan bakal isterinya kepada umum ketika berada di atas pentas sebelum membuat persembahan.
Umum mengetahui, Noh bakal menamatkan zaman duda dengan gadis pilihan hatinya, Fatin Athira pada 23 September ini.
Klik untuk gambar besar
Menerusi video tular di TikTok, Noh sempat menunjukkan kehadiran tunangnya serta mengatakan lagu berjudul 'Biar Seribu' yang akan dinyanyikan itu sebagai simbolik cinta mereka.
Terdahulu, Noh atau nama penuhnya, Mohammad Noh Salleh, mengikat tali pertunangan dengan Fatin pada 7 Mei lalu.
Untuk makluman, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusian, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun disahkan bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Musa.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment