21 September 2023

KETIKA AWAL KEMUNCULAN - SARIMAH IBRAHIM DEDAH PENGALAMAN BERDEPAN GANGGUAN SEKSUAL, SELAIN TURUT DIMINTA BERPAKAIAN SEKSI



Ketika mula-mula terbabit dalam industri hiburan dulu, pelakon dan pengacara iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim, 45, mendedahkan dia pernah berdepan gangguan seksual.
Jelas Sarimah, kejadian itu berlaku ketika dia terbabit mengacarakan satu program, dimana dia diganggu oleh seorang lelaki yang juga kru program tersebut apabila individu berkenaan mengambil kesempatan memegang tubuhnya ketika membaiki mikrofon sebelum program itu bermula.

"Individu terbabit menghampiri saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, tetapi dia sebaliknya memegang bahagian dada saya. Saya terpaksa senyum seolah-olah tidak terkesan dengan situasi itu. Dia sempat memuji saya cantik ketika itu.

Klik untuk gambar besar
"Dia juga kata kami akan nampak hebat jika bersama tapi dia sudah berkahwin," kata Sarimah yang juga ibu kepada seorang anak perempuan itu yang turut berkata, lelaki tersebut juga mengajaknya bercuti bersama sebagai syarat untuk kekal menjadi pengacara musim seterusnya.

Tambah Sarimah lagi, selain berdepan gangguan seksual, isteri kepada kerabat Negeri Sembilan iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie, itu turut mendedahkan, dia pernah diminta untuk mengenakan pakaian seksi di depan seorang pengarah.
"Ada sekali itu, seorang pengarah suruh saya masuk bilik pakaian untuk rancangan itu. Dia suruh saya pakai baju seksi dan sudah siapkan baju-baju untuk saya pamerkan dalam bilik itu.

"Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah itu secara seorang diri. Situasi itu sangat aneh. Saya tak nak dan enggan menunjukkan bahagian lengan. Selepas itu saya tak dapat tawaran seterusnya tapi ada rezeki lain selepas itu," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: