21 September 2023

"SAYA SUDAH LAKUKAN BANYAK KALI RAYUAN" - CHE TA KECEWA, BINGUNG INSTAGRAM DIGANTUNG KERANA MELAKUKAN AKTIVITI AGRE5IF



"Tak mampu bayangkan jika ia (Instagram) 'lesap' begitu saja. Saya juga sudah mempunyai 5.2 juta pengikut di situ. Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun Instagram itu akan saya dapat semula.
"Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkannya semula, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke Instagram anak, suami atau teman rapat saya.

"Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun, belum berhasil. Malah, saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk meminta pertolongan, tapi tak pernah dapat maklum balas."

Klik untuk gambar besar
Demikian kata pelakon Rozita Che Wan mengenai akaun Instagram @rozitachewan1 yang memiliki 5.2 juta pengikut, dimana ia digantung apabila dikatakan melakukan aktiviti agre5if dan tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta yang meluahkan kecewa dan bingung apabila memikirkan mengenai aktiviti agre5if yang didakwa dilakukannya menerusi media sosial itu.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia turut menerima emel daripada pihak Instagram untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.
Tambahnya lagi, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac tahun depan untuk melakukan rayuan. Dek kerana itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.

Jelas Che Ta yang juga seorang usahawan, selama ini, dia menggunakan Instagram untuk menjana pendapatan dengan menjual produk keluarannya sendiri.

"Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama. Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementara waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok," ujarnya yang hingga kini tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun Instagram itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: