21 September 2023

"KALAU SAYA SUDAH KAYA BARU SAYA FIKIR MENCARI PENGGANTI" - PUTERI SARAH



"Saya belum terfikir untuk mencari pasangan baharu, sebaliknya saya tengah berusaha mencari duit untuk keselesaan anak-anak. Kalau saya sudah kaya baru saya fikir mencari pengganti. Sekarang ini saya tolak tepi fasal cinta.
"Apa yang lebih mustahak adalah anak-anak. Saya ingin pastikan mereka mendapat kasih sayang dan didikan yang terbaik. Kemudian saya mahu fokus dengan kerjaya. Ada banyak perkara yang mungkin tidak dapat dilaksanakan sebelum ini saya nak tunaikan.

"Misalnya saya nak berjaya dalam perniagaan, jadi saya sedang berusaha ke arah itu," jelas pelakon Puteri Sarah Liyana akui belum terfikir untuk mencari pengganti apatah lagi kembali melayari bahtera rumah tangga, selepas tiga bulan berpisah dengan bekas suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Klik untuk gambar besar
Ini kerana kata Puteri Sarah, fokus utamanya kini adalah memastikan dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, mendapat didikan dan kasih sayang terbaik daripadanya dan Syamsul.

Sementara itu, ditanya pula mengenai sejauh mana hubungannya dengan pelakon Indonesia yang juga rakan kongsinya iaitu Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah menjelaskan, hubungan mereka hanya sebagai rakan kongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, mereka kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia.

"Andi adalah pengeluar untuk produk kecantikan dan hijab, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan. Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur dalam waktu terdekat kerana kami merancang untuk membuka kilang di sini. Kami merancang untuk edarkan di Singapura.

"Persoalan jika hubungan rakan niaga bertukar menjadi cinta, itu kita tengoklah nanti. Lagipun, saya berkawan dengan semua orang dan tak mahu dilabel tak sedar diri," ujarnya yang dilantik sebagai 'muse' produk barangan kemas, baru-baru ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: