Penyanyi Mamat Exists, 45, akur 'terpisah' dengan tiga cahaya matanya kerana mereka di bawah penjagaan sepenuhnya bekas isteri ketika itu, selepas ikatan perkahwinannya terlerai 13 tahun lalu.
Namun, kata Mamat, kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya tidak pernah putus dan hubungan baik akan terus terjalin hingga kini, meskipun masing-masing sudah besar dan salah seorangnya mempunyai keluarga sendiri.
Jelas Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, biarpun tidak selalu dapat berjumpa anak-anaknya, mereka sering berhubung untuk bertanya khabar dan melepas rindu.
"Alhamdulillah, hubungan saya dengan anak-anak tetap baik-baik saja. Cuma, kami jarang bertemu kerana mereka menetap di Kuala Lumpur, manakala saya tinggal di Johor.
"Tapi, walaupun terpisah jarak tempat tinggal kami saling menghubungi untuk bertanya khabar dan rindu. Mereka pun semua sudah besar dan syukur Alhamdulillah juga, saya ada cucu sekarang," katanya.
Sementara itu, Mamat turut mengulas status datuk, dimana dia berkata, ia adalah rezeki buatnya apabila sudah mempunyai cucu pada pertengahan usia 40-an yang baginya nikmat daripada Allah dan perlu disyukuri.
Terdahulu, Mamat pernah mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001, namun sah bercerai talak dua pada 24 Februari 2010. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki dan Dylea Mysara.
Bagaimanapun, Mohd Eiki sudah mendirikan rumah tangga ketika berusia 22 tahun dan pada 13 November tahun lalu. Kemudiannya, Mamat dikurniakan seorang cucu perempuan yang kini berusia 10 bulan.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment