"Persalinan konsert nanti tidaklah pelik sebab nanti saya nak nyanyi pun susah. Memang banyak persalinan tapi setiap penampilan orang akan terpesona, ada impak, dan mudah untuk saya menyanyi.
"Pada masa sama ada identiti saya. Saya nak cari keseimbangan terbaik. Sebab kalau terlalu ringkas, nanti peminat rindu saya yang pelik pula. Tapi saya sudah cakap dengan Abu (penata gaya), saya nak cantik saja kali ini," ujar penyanyi Aina Abdul.
Bersempena konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang bakal berlangsung pada 18 November ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Aina berazam untuk mengutamakan keselesaan dirinya berbanding fesyen pelik.
Klik untuk gambar besar
Semua sedia maklum, Aina atau nama penuhnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, sentiasa mencuri tumpuan dengan persalinan unik, tetapi pada masa sama tidak praktikal sekiranya ingin melakukan persembahan.
Justeru, Aina berkata, dia mahukan segala aspek pada malam itu kelihatan indah belaka termasuklah busana yang akan digayakan, dimana ia masih unik tapi lebih cantik.
"Semestinya 3.0 kali ini produksi lebih besar, impian lebih tinggi, susunan muzik lebih hebat dan pentas lebih besar. Saya impikan konsert yang kita menangis, ketawa bersama pada satu malam tak boleh dilupakan.
"Satu malam yang ikonik buat saya dan Ainanations," kata Aina yang turut mengulas mengenai persiapannya, dimana dia mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu terutama tatkala dihambat masalah kesihatan sehingga boleh menjejaskan persembahan.
"Bab (kesihatan) pun, walaupun kita sudah siapkan diri sebaiknya, tak boleh jangka apa yang berlaku. Apa yang paling penting, saya belajar, saya selalu tak sihat apabila terlalu banyak berfikir.
"Bukan sebab fizikal tapi fikiran saya. Saya betul-betul nak siapkan mental dan fizikal supaya dapat berikan persembahan terbaik pada malam itu," tutur penyanyi 'Jangan Mati Rasa Itu'.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment