21 September 2023

GELARAN 'DATUK' SUAMI DIDAKWA PALSU - INI JAWAB INTAN NAJUWA : "KITA SENDIRI TAHU & KITA DIAM"



"Saya tak pernah pertikaikan. 'It just a title'. Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahajalah, tapi kita sendiri tahu dan kita diam.
"Kalau kita buat apa pun, mereka (netizen) sentiasa bercakap. Saya tiada nak buktikan apa-apa, tak mahu pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahulah. Kita letak tepi lah. Ia cuma gelaran, tak membawa apa-apa pun.

"Saya juga menjalani kehidupan macam orang biasa dengan suami saya. Jadi kami hanya perlukan doa yang baik-baik daripada semua."

Klik untuk gambar besar
Itulah kata Datin Intan Najuwa menerusi temu bual bersama Melodi, dimana pelakon itu berkata, dia tidak kisah dakwaan segelintir pihak yang mendakwa gelaran 'datuk' suaminya iaitu Datuk Ahmad Asraf adalah palsu.

Dalam pada itu, Intan yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu menyifatkan gelaran berkenaan tidak memberi apa-apa padanya, sebaliknya mengambil pendekatan berdiam diri mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.
"Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan. Kalau saya balas, perkara itu akan jadi isu besar.

'Saya akan lebih memilih untuk berdiam, kalau benda itu betul, betul, kalau salah, salah. Ada juga komen-komen yang keterlaluan, tapi saya cuma anggap mungkin si penulis itu tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu. Saya husnuzon sajalah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: