16 September 2023

DESAS-DESUS SUDAH RUJUK SEMULA - DIANA DANIELLE SERAHKAN KEPADA FARID KAMIL UNTUK JAWAB



"Saya bukan nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan... tapi taklah perlahan sangat. Kami pun sedang memikirkan bagaimana ingin memperbetulkan kehidupan kami antara satu sama lain lagi.
"Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi di masa hadapan. Kami akan buat keputusan dalam masa terdekat tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini saya biarkan Farid yang buat. Sebab dia lelaki."

Itulah kata pelakon Diana Danielle berhubung video yang hangat diperkatakan apabila dia dilihat duduk bersebelahan dengan bekas suaminya, pelakon Farid Kamil bagi menjayakan sebuah program, sekaligus timbul desas desus pasangan itu kembali bersama.

Menerusi video terbaru yang tular di media sosial, Diana berkata, dia dan Farid dalam fasa memperbaiki hubungan mereka ke arah lebih baik.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Diana memberitahu, Farid sebagai seorang lelaki yang akan umumkan keputusan mengenai hubungan mereka tidak lama lagi.

Baru-baru ini, menerusi Insta Story Farid, dia telah memuat naik video yang menampilkan bekas isterinya sedang ditemu bual dengan emoji lelaki sedang dilamun cinta.

Perkongsian bapa kepada dua cahaya mata itu menjadi perhatian ramai, dimana rata-ratanya tertanya sama ada Farid dan Diana sudah rujuk semula.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: