16 September 2023

CHE TA BERANG DENGAN AZWAN ALI PETIK NAMA ANAK : "KAU PONDAN, TIADA ADA ANAK... DIA BELUM KENA BUKU DENGAN RUAS LAGI"



Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Facebook, pengacara sensasi iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, dilihat telah mem4ki hamun seorang artis termasuk memetik anaknya sekali, berhubung sihir.
Meskipun perkongsian itu tidak menyebut nama pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, namun ianya merujuk kepada pelakon berkenaan.

Enggan berdiam diri, Che Ta dilihat telah meluahkan rasa berang dengan Azwan apabila memetik namanya dan anak perempuannya, Aaishah Dhia Rana dalam perkongsian tersebut.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, tambah Che Ta, dia tidak tahu punca Azwan sengaja memuat naik hantaran berkenaan memandangkan kes melibatkan mereka berdua telah lama pun selesai.

"Saya tertanya-tanya, apa masalah ini? Tiba-tiba sahaja. Tak kisah dia (Azwan) nak maki saya tetapi kenapa perlu libatkan anak saya.
"Sembilan bulan 10 hari mengandungkan dia (Aaisyah), jentik pun tak pernah apatah lagi marah tetapi kenapa dia nak maki begitu?" ujar Che Ta yang turut berkata, pengacara itu tidak memahami perasaan seorang ibu apabila anaknya dimaki orang lain kerana tidak mempunyai anak.

"Kau pondan, tiada anak. Bukan bapa dan ibu tetapi sedap sahaja cakap anak saya macam itu. Dia belum kena buku dengan ruas lagi. Hari itu emosi saya baik sebab suami pesan tak suka lihat pergaduhan. Bila saya kongsi perkara itu baru-baru ini, memang tengah marah sebab dia mengata anak saya," tuturnya.
Bagaimanapun, Che Ta mengakui, dia telah memadam perkongsian berkenaan selepas dinasihatkan oleh rakannya yang juga seorang ustaz.

"Kawan saya ustaz, dia tegur dan tanya sama ada sekadar konten atau sedang marah. Sumpah memang saya marah dan dia pesan jangan layan sebab perangai kita akan jadi sama seperti orang itu. Kemudian saya padam dan memilih untuk berdiam diri tanpa beri sebarang komen walau ada yang datang mencari," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: