02 September 2023

DOKTOR RAMAL ADA 6 BULAN UNTUK HIDUP - IBNOR RIZA IKHTIAR LAWAN KANSER LIMFOMA, PERCAYA AJAL & MAUT DI TANGAN ALLAH



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Ibnor Riza yang kini diuji dengan penyakit kanser limfoma tahap empat.

Dedah penyanyi berusia 62 tahun itu, doktor meramal dia hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk hidup.
Namun begitu, Ibnor berkata, dia tidak putus semangat untuk ikhtiar melawan penyakit tersebut serta percaya bahawa ajal dan maut sudah ditetapkan Allah.

"Kalau hendak difikirkan apa yang doktor cakap, saya ada hanya enam bulan untuk hidup, saya jadi sedih. Doktor berterus-terang selepas rawatan kemoterapi kesembilan, baru-baru ini, gagal.

"Jadi, maknanya saya hanya ada enam bulan untuk hidup. Tetapi saya tidak mahu pegang kata-kata itu. Saya percaya kepada Allah. Kanser ini, kita kena lawan.

"Lagipun, saya ada keluarga dan anak. Mereka perlukan saya. Dengan sokongan yang diberi, takkan saya hendak hampakan ramai orang.

Klik untuk gambar besar
"Saya kena kuat walaupun saya tidak sekuat mana pun sekarang ini," kata Ibnor yang turut memberitahu, dia nekad untuk rawatan kemoterapi ke-10 yang dijangka menelan kos kira-kira RM30,000.

Jelas Ibnor, jika rawatan itu gagal, dia perlu menjalani transplant yang menelan belanja RM400,000.

"Saya perlukan dua sesi kemoterapi. Satu sesi sahaja membabitkan kos RM16,000. Jadi, semuanya kira-kira RM30,000 hingga RM32,000. Namun, pada masa sama, saya kena cari rawatan alternatif. Itu pun atas ihsan ramai pihak yang sanggup tawarkan secara percuma.

"Ada pihak pertikai kenapa saya jalani rawatan di hospital swasta yang menelan belanja tinggi. Kalaulah anda tahu, saya sendiri lebih suka dirawat di hospital kerajaan. Namun, pesakit kanser sahaja faham bagaimana kanser ini (hendak dirawat)," ujarnya.

Baru-baru ini, program amal Malam Untukmu Ibnor dianjurkan Persatuan Melodi Kenangan Artis Dan Penggiat Seni Malaysia (Pemekar) dan mengumpul dana berjumlah RM17,000 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan penyanyi itu.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor yang diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk, sebelum ini, telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah.



         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: