02 September 2023

IRMA HASMIE ENGGAN ULAS LANJUT ISU RUMAH TANGGA, LEBIH SELESA SESETENGAH HAL TIDAK DICERITAKAN SECARA UMUM



"Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen. Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum.
"Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif."

Itulah kata pelakon Irma Hasmie yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai khabar angin kemelut rumah tangganya dengan suami, Redza Syah Azmeer.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, perkongsian Irma di Instagram menjadi perhatian ramai seakan memberi bayangan mengenai isu rumah tangga.

Dalam pada itu, Irma memohon maaf dan berkata, apa yang berlaku antara dia dan suami terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
Irma pada masa sama turut memohon orang ramai mendoakan serta percaya apa yang berlaku adalah aturan Allah.

"Kena yakin setiap perkara yang berlaku adalah atas susunan Allah yang Muqtadir. Saya mohon doa daripada setiap yang membaca moga Tuhan menjaga kita dan keluarga dengan sebaik-baik penjagaan-NYA dan terus memberi petunjuk, hidayah untuk setiap perjalanan hari kita," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: