02 September 2023

"KAMI MASIH KEKAL BERKAWAN BAIK..." - SOPHIA ALBARAKBAH MOHON DOA DAPAT LELAKI YANG BAIK



"Saya malas nak komen mengenai kehidupan peribadi. Saya okey dan tengah sibuk bekerja untuk filem yang bakal menyusul.
"Kehidupan saya seperti biasa, sama sahaja macam sebelum-sebelum ini," ujar pelakon Sophia Albarakbah dimana dia enggan memberikan komen mengenai status hubungan dengan kekasihnya dikenali sebagai 'Mr Doctor' yang dikatakan sudah berakhir.

Sebaliknya, Sophia memohon doa agar dia dipertemukan dengan lelaki yang baik-baik selepas ini.

Klik untuk gambar besar
"Doakan saya dapat lelaki yang baik-baik, itu sahaja," tuturnya yang turut menjelaskan, dia masih lagi bersahabat baik dengan 'Mr Doktor' dan mahu memberi fokus terhadap karier lakonannya.

"Saya terbuka sahaja, apa-apa pun kami masih kekal berkawan jadi jika kawan-kawan nak datang teman saya menghadiri acara, datang sahaja," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: