27 September 2023

"FITNAH-FITNAH YANG BERTEBARAN TENTANG PENCERAIAN KALI KETIGA INI BETUL-BETUL MENGUJI KESABARAN SAYA" - ENGKU EMRAN



Menerusi perkongsian di Insta Story, Engku Emran dilihat ada memuat naik mesej bersama kenalan rapatnya dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.
Melihat pada hantaran tersebut, Engku Emran meluahkan rasa kesal susulan fitnah bertebaran mengenai perceraiannya kali ketiga itu, dimana dia turut menyifatkan hal itu banyak menguji kesabarannya.

Dalam masa sama, Emran turut meluahkan rasa kasihan terhadap bapa dan anak perempuannya, Engku Aleesya yang terpaksa berdepan dengan kontroversi perceraiannya itu.

Klik untuk gambar besar
"Fitnah-fitnah yang bertebaran tentang penceraian kali ketiga ini betul-betul menguji kesabaran saya.

"Tapi itulah saya bukan Nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ni.

"Saya sendiri boleh telan semua tu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat mereka pun mungkin terasa malu juga," tulisnya.
Sementara itu, melihat pada paparan mesej berkenaan, Engku Emran dinasihati oleh rakannya itu agar banyak melibatkan diri dengan agama seperti membaca Al-Quran, menunaikan solat sunat, berzikir, berdoa, serta taalim.

Sebelum ini, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila mengesahkan sudah pun bercerai talak satu dengan Engku Emran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: