27 September 2023

KELAHIRAN ANAK KEDUA - AYDA JEBAT MASIH PILIH CZER, SAMA SEPERTI ANAK SULUNG



"Selepas melahirkan anak sulung melalui kaedah Czer, saya alami momen indah biarpun ada yang beritahu akan rasa sakit dan susah hendak dijaga.
"Sebenarnya, itu tidak betul. Mengikut pengalaman, Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Jadi, untuk anak kedua, saya pilih Czer lagi.

"Bagaimanapun, setiap wanita berbeza kesan ke atas diri mereka," itulah kata pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang memberitahu, dia masih memilih kaedah pembedahan atau Caesarean untuk melahirkan anak keduanya pada Disember depan.

Klik untuk gambar besar
Jelas Ayda, dia selesa dengan kaedah kelahiran tersebut selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Ana Nayla, meskipun ada yang menganggap ianya menyakitkan.

Dalam pada itu, Ayda berkata, doktor menyarankannya memilih bulan Disember untuk kelahiran anak keduanya nanti yang sepatutnya lahir pada 1 Januari tahun hadapan iaitu sama dengan ulang tahun perkahwinannya.

"Namun, disebabkan saya pilih Czer, doktor sarankan pilih tarikh lain, iaitu Disember depan," ujarnya yang sudah pun memilih tarikh kelahiran anak keduanya itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: