09 September 2023

JENAZAH 'KLON' P RAMLEE, FAIRUZ MISRAN SELAMAT DIKEBUMIKAN



Pada malam Jumaat, jenazah penyanyi yang mendapat jolokan 'klon' Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan.
Sebelum itu, jenazah Fairuz dibawa ke kediamannya di Kampung Pantai untuk dimandikan serta dikafankan. Kemudiannya, jenazah Fairuz disolatkan oleh ahli keluarga serta orang ramai.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan rumah dan tanah perkuburan mengiringi perjalanan akhir Fairuz sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira jam 10 malam.

Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Fairuz, 38, atau lebih dikenali sebagai P Ramlee Sabah, meninggal dunia pada Jumaat selepas mengalami sakit dada dan pengsan sebelum dihantar ke Hospital Nukleus Labuan.

Berita duka itu dikongsikan oleh abangnya, Ruzaidi melalui Facebook miliknya sebagai makluman kepada rakan dan ahli keluarga.

Allahyarham Fairuz yang meninggalkan seorang balu itu merupakan juara bintang P Ramlee peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada 2012 dan sejak itu bakat beliau mula menyinar.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: