09 September 2023

"SAYA TERTEKAN, BUKAN KERANA SAYA DISIHIR ISTERI" - ND LALA TAK TERGAMAK 'SUMBAT' ANAK KE PENJARA, MINTA BEKAS ISTERI PULANGKAN PASSPORT



"Kalau sehingga polis tangkap, akan mencemar nama baik keluarga. Berita akan keluar, anak ND Lala ditangkap kerana curi kereta. Saya pujuk dia, akhirnya dia bersetuju untuk serahkan balik. Saya tak naklah anak saya direman, ditangkap dan dimalukan.
"Isu ini berjalan selama hampir dua bulan. Bukan kerana saya disihir isteri, Siti Munirah. Itu fitnah, saya memang dalam keadaan tertekan. Siti Munirah tidak pernah suruh mana-mana ahli keluarga saya pergi ambil kereta itu. Hakikatnya, kereta itu diambil secara tidak sah, maksudnya kereta itu dicuri."

Demikian kata penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala, 62, yang menjelaskan, dia tak tergamak 'menyumbat' anaknya, Amir Syafiq, 30, ke penjara hanya kerana mengambil kereta kepunyaan isterinya, Siti Munirah Abdul Ghani, selain memberitahu, keadaannya nampak sugul serta tak terurus ketika itu adalah disebabkan dirinya betul-betul tertekan dan bukannya disihir oleh Munirah, seperti yang didakwa.

Bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu membuat pendedahan berhubung pemilikan kereta jenis Peugeot 207 yang mencetuskan pertengkaran antaranya dengan keluarga selama hampir dua bulan sejak Disember tahun lalu hingga Februari lalu.

Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, ketika penyerahan itu, dia perasan teman wanita Amir merakam video tapi tidak sangka ia diberikan kepada bekas isterinya, Fauziah Sarman untuk tujuan menjatuhkan dirinya.

Tambahnya, dia sebolehnya tidak ingin berbalah dengan bekas isterinya itu dan turut meminta Fauziah pulangkan pasport miliknya dan Siti Munirah.

"Tak tahulah macam mana mereka berpakat untuk jatuhkan reputasi saya. Video itu disunting bekas isteri dengan menukar cerita sebenar kepada cerita yang menggambarkan betapa jahat dan kejamnya ND Lala dan Siti Munirah. Siapa pun tengok video dan cerita yang ditulis bekas isteri saya, pasti akan terdorong untuk amat membenci saya dan isteri saya Siti Munirah.
"Saya meminta bekas isteri, kita pun sudah bercerai cara baik, tak perlulah berbalah atau bergaduh. Tak boleh, kita sudah tua. Saya minta sangat-sangat supaya pulangkan balik pasport itu," tutur ND Lala yang turut mengulas mengenai kontroversi terpalit dirinya, dimana ia menyebabkan reputasinya musnah apabila dikecam satu Malaysia.

"Hanya kerana isu ini, semua rekod saya terpadam. Sukar gambarkan apa perasaan saya saat ini apabila saya dikecam satu Malaysia. Ke mana saya pergi, saya boleh lihat respon orang ramai terhadap saya sangat berbeza. Sebelum ini, kalau jumpa saya, mereka akan menyapa dan senyum. Namun, kini boleh nampak perubahan, ada yang tarik muka, nampak wajah benci walaupun tak pernah jumpa atau kenal saya," ujarnya.

Terdahulu, Fauziah berkongsi kisah isteri ND Lala membuat laporan polis mendakwa salah seorang anak mereka mencuri kenderaan miliknya. Apa yang berlaku dianggap keterlaluan dan Fauziah kecewa apabila wanita terbabit mendesak agar kenderaan itu dipulangkan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: