09 September 2023

SIFATKAN KONTROVERSI MATANGKAN DIRI JADI LEBIH BAIK - ISMAIL IZZANI SALAHKAN DIRI SENDIRI DEK TAK SEKOLAH, TAK AMBIL SPM



"Saya bersyukur kerana pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Kalau ada peluang untuk patah balik masa, saya tak nak tukar apa-apa kejadian yang pernah berlaku dalam hidup saya kerana ia membentuk diri saya sekarang.
"Saya bermula dalam bidang ini seawal usia 16 tahun dan orang luar melihat segala proses saya membesar dan kehidupan yang saya lalui," ujar penyanyi dan pelakon Ismail Izzani yang menyifatkan kontroversi yang terpalit dirinya sebelum ini memantangkan dirinya untuk menjadi manusia lebih baik.

Kata Ismail yang mengejar impiannya dalam bidang muzik, dia tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya diri sendiri apabila dia memilih tidak ke sekolah serta menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Klik untuk gambar besar
"Atas sokongan ibu, saya juga sanggup 'busking' di luar sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur kerana muzik begitu dekat di hati saya dan tidak akan sesekali meninggalkan bidang yang saya cintai ini," katanya.

Meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi, Ismail sentiasa mengingatkan dirinya terus pandang ke hadapan serta mengakui ujian dihadapinya sangat berat.
"Nak kata kurangkan kontroversi pada masa akan datang pun tak boleh juga sebab bukan saya yang minta. Kalau benda nak jadi, dia jadi dan saya tak boleh lari. Inilah kehidupan yang saya pilih dan kalau benda nak jadi kepada saya, apa boleh saya buat.

"Bagaimanapun saya sentiasa berharap agar dapat kurangkan kontroversi kerana apa yang saya lalui selama ini sangat berat dan masih berjuang. Saya tak nak janji apa-apa tapi akan cuba menjadi lebih baik," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: