20 September 2023

"KALAU BOLEH CEPAT SIKIT HANTAR SURAT SAMAN TU..." - CAPRICE, MONDY TATTOO DIPANGGIL POLIS UNTUK BANTU SIASATAN



"Kita sudah merakam keterangan Ebit Lew dan turut akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.
"Proses itu adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya."

Itulah kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi, dimana beliau memaklumkan pihak polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan TikTokers Indonesia, Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi laporan Harian Metro, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya sudah menerima arahan lanjut bagi menyiasat kes tersebut hari ini.

Menurutnya lagi, setakat ini polis hanya menerima satu laporan yang dibuat oleh Ebit Lew di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, kelmarin.

Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian di Instagram Ebit Lew baru-baru ini, memaklumkan, dia sudah pun membuat laporan polis susulan fitnah melampau terhadap dirinya.

Laporan polis itu dipercayai dibuat selepas temu bual pempengaruh Indonesia itu yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah.

Sementara itu, Caprice dalam hantaran di Instagram telah tampil membuat kenyataan balas, dimana dia mencabar Ebit Lew untuk menhantar surat saman dengan kadar yang segera supaya pihaknya dan Mondy Tattoo membuat saman balas bersama dengan bukti kukuh tentang apa yang didakwa.

"Salam @ebitlew kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dgn bukti," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: