"Alhamdulillah, anak saya dah semakin okay. Cumanya, bila isteri bawa dia ke kedai sama untuk membeli barangan keperluan kucing, dia akan teringat balik dan macam takut sedikit.
"Lagi satu, kalau kami menonton filem di rumah pun, kalau ada babak-babak membabitkan kemalangan kereta atau dia akan pandang saya dan sebut, 'boooom!! boooom!!'. Mungkin dia teringat semula."
Demikian ujar pelawak dan penyampai radio, Issey, yang berkongsi mengenai keadaan anaknya, Faeeq Fathian, 2, dimana dia masih lagi terimbau dan sedikit trauma selepas insiden nyaris dilanggar kereta yang mengundur laju di sebuah kedai menjual barangan haiwan peliharaan di Puncak Alam, baru-baru ini.
Jelas Issey, ada ketikanya anaknya masih lagi menyebut mengenai kejadian itu, walaupun sudah hampir dua minggu selepas insiden itu berlaku.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, berkata, dia dan isterinya cuba membantu menaikkan semula semangat anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Isteri saya pun sebenarnya masih trauma sebab dia pun berada di lokasi kejadian. Saya bantu untuk kembalikan semangat Faeeq. Bila tengok dia diam saja, saya cuba gembirakan dia dan cuba tak nak bagi dia terlalu fikirkan tragedi itu," katanya.
Dalam pada itu, Issey juga memaklumkan, dia ada menerima permohonan maaf daripada wakil keluarga pemilik kenderaan itu dan menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran, kerana apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.
"Wakil dari keluarga pemandu dan pemilik kenderaan itu ada menghubungi saya dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya beritahu, saya maafkan saja. Namun, saya jadikan pengajaran supaya perkara sebegitu tidak berulang lagi," tuturnya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai sebuah video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta melanggar seorang kanak-kanak dan pintu hadapan sebuah premis.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment