20 September 2023

DIDAKWA BAKAL BERCERAI - INI RESPON BALAS SHILA AMZAH



Semua sedia maklum mengenai perkahwinan penyanyi Shila Amzah bersama pilihan hatinya, Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.
Namun begitu, baru saja dua bulan mendirikan rumah tangga, timbul pula berita yang mendakwa Shila dan suaminya yang juga pempengaruh media sosial itu bakal bercerai.

Difahamkan, dakwaan itu timbul apabila ada pengikut di Instagram memaklumkan mengenai artikel di Facebook mengatakan rumah tangga penyanyi itu berdepan masalah.

"Dalam posting FB ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak bercerai. Kurang ajar ya posting FB," tulis individu itu.

Klik untuk gambar besar
Menjawab dakwaan tersebut, Shila berkata, berita yang dikongsikan di Facebook itu adalah tidak benar dan tajuk yang digunakan sengaja mengundang fitnah.

"Sebab itu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news. Click bait dah tak fikir benda betul ke fitnah ke... kalau kita terdetik mempercayai dah satu hal jadi dosa pula kita," jawab Shila.

Pada 4 Ogos lalu, Shila dan Ubai sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: